Wednesday, 18 December 2013

Malam sebelum keputusan PMR ...

   Takut,gementar,tertanya-tanya,  ingin tahu,gembira,teruja,sedih...semua perasaan bercampur aduk dalam satu subjek.Subjek adalah "keputusan PMR" pada esok paginya. :'(

   Setelah berusaha dan menimba ilmu pengetahuan selama tiga tahun akhirnya aku harus melepaskan semuanya kepada Allah dgn hanya bertawakal.Aku tahu takde ape yang boleh aku buat sekarang ni selain berdoa."Ya Allah kau berikanlah kejayaan kepada-ku di dunia dan di akhirat.Kau berilah kejayaan PMR,berikanlah aku yang terbaik.Kau jadikanlah yang buruk itu sesuatu yang baik untukku".

   Sudah ramai yg "wish" goodluck result esok.Ada yang dah tempah awal2 bagitau nak tau result nanti.Tangan aku dah mula menggeletar.Serious ni :/.Terfikir jugak apalah keputusan yang menunggu aku esok.Sama ada ianya baik ataupun yang kurang baik.

   Ibu ngan ayah pun cuak gak nak tunggu result esok.Ibu lagilah,ibu mana tak takut anak sulung dia nak ambik result PMR en? Tanya dieorg tadi agak2 along dapat berapa? "Ayah tak berani nak agak2 ayah target je 8A" ayah."Ibu kalau dapat straight A lagi bagus lah along"ibu.Hmm rase seronok tak rasa sedih pon tak.

   Dari situ boleh nampak dieorg punya harapan tinggi.Sekolah pon bagi harapan dekat aku.Takut harapan dieorg nak tgk aku dapat keputusan cemerlang tak tercapai.Aku kerap mengeluh dalam hati.Perasaan ni dah datang dua kali dalam hidup aku tapi kali ni punya lagi kuat lah rasenya.

   Apa apa pun aku dah buat yamg terbaik utk diri aku.Aku tak target tinggi mana pon sebab tau macam mana usaha aku sendiri.

   Saya mengucapkan utk diri sendiri semoga berjaya dalam keputusan PMR esok.Berbangga kerana menjadi "batch" PMR yang terakhir buat selama-lamanya.Buat kawan2 sebaya lagi2 rakan-rakan sekelas 3 Arif yang aku sayang sgt2,harap korang pun memperoleh keputusan yg baik.Berjaya Dunia Akhirat :)

Assalamualaikum

Tuesday, 17 December 2013

Something

Aku ada rahsia yang korang tak tau.Semua tak tau.Rase cam nak bagitau lah sbb geram pulak simpan lama2.Yang pentingnya rahsia tu baik2 belakaa bukan tak baik pon.
Tgk lah bila aku dah ready nanti aku bgtau.Nanti kalau bagitau mesti ada yg cakap "ek eleh tu jee" hahaha.Tak kisah pungg :3

Mimpi "Indah"

    Benda ni jadi hari Selasa 17/12 tau bersamaan hari Shah Alam takde air sbb Syabas nak buat ape tah.Kesah ape aku? haha.Pagi pulak tu.Mmg niat harini nak bangun awal sebab takut air takde.So,mandi lah semua pukul 5.30-6.00 tu dan isi air ape yg patut.Ibu ngan ayah pon pergilah keje tinggal kiteorg adik beradik.Okay,cerita dia start sekarang dalam pukul 10 pagi rasenya.

   Mmg dah jadi kebiasaan cuti sekolah ni main fon je keje en en en? Aku search laah kat youtube,tweeting,tengok gambar beruk kat fb :p Time tu mata dah mula mengantuk and then tertidur sebelah cucu.That moment laaah mimpi pertama dtg pagi tu, mimpi tu ade 3 org "Aku,Umi Syahirah Ayob dgn Zikri".

   Ade ke patut aku mimpi ~ Aku dengan umi pergi rumah zik.Zik ajak masuk makan nasi lemak.NASI LEMAK?!! jadahnyaaaaa... HAHA.Pastu umi suruh aku bukak tingkap sebab gelap.Aku jalan pergi bukak tingkap.Tiba-tiba tingkap kaca tu pecah.Dieorg tak dengar ape yg dah jadi.Nasi lemak aku pon tak berusik lagi.Nak bagitau zik tapi takut dia marah je.Aku intai tgk zik en tapi time tu muka semua buat poker face sambil tgh makan.Umi tgh berborak ngan zik.

   Umi panggil aku suruh makan tapi aku taknak *muka sedih.Aku bagitau cerita sebenarnya,and then dieorg mabuk tiba2 dgn gelak terbahak2 sbb ape pon ku tak tau hahahaha.Zik letak tangan atas bahu aku ajak kiteorg pergi keluar jalan ~ Tamat.

   Sumpah lepas sedar tu aku tergelak hahahah muka umi lagi tak boleh belah XD.Dah bangun tu ape lagi,tweet ah share dgn umi n zik pasal mimpi tu ngehngeh :3