Takut,gementar,tertanya-tanya, ingin tahu,gembira,teruja,sedih...semua perasaan bercampur aduk dalam satu subjek.Subjek adalah "keputusan PMR" pada esok paginya. :'(
Setelah berusaha dan menimba ilmu pengetahuan selama tiga tahun akhirnya aku harus melepaskan semuanya kepada Allah dgn hanya bertawakal.Aku tahu takde ape yang boleh aku buat sekarang ni selain berdoa."Ya Allah kau berikanlah kejayaan kepada-ku di dunia dan di akhirat.Kau berilah kejayaan PMR,berikanlah aku yang terbaik.Kau jadikanlah yang buruk itu sesuatu yang baik untukku".
Sudah ramai yg "wish" goodluck result esok.Ada yang dah tempah awal2 bagitau nak tau result nanti.Tangan aku dah mula menggeletar.Serious ni :/.Terfikir jugak apalah keputusan yang menunggu aku esok.Sama ada ianya baik ataupun yang kurang baik.
Ibu ngan ayah pun cuak gak nak tunggu result esok.Ibu lagilah,ibu mana tak takut anak sulung dia nak ambik result PMR en? Tanya dieorg tadi agak2 along dapat berapa? "Ayah tak berani nak agak2 ayah target je 8A" ayah."Ibu kalau dapat straight A lagi bagus lah along"ibu.Hmm rase seronok tak rasa sedih pon tak.
Dari situ boleh nampak dieorg punya harapan tinggi.Sekolah pon bagi harapan dekat aku.Takut harapan dieorg nak tgk aku dapat keputusan cemerlang tak tercapai.Aku kerap mengeluh dalam hati.Perasaan ni dah datang dua kali dalam hidup aku tapi kali ni punya lagi kuat lah rasenya.
Apa apa pun aku dah buat yamg terbaik utk diri aku.Aku tak target tinggi mana pon sebab tau macam mana usaha aku sendiri.
Saya mengucapkan utk diri sendiri semoga berjaya dalam keputusan PMR esok.Berbangga kerana menjadi "batch" PMR yang terakhir buat selama-lamanya.Buat kawan2 sebaya lagi2 rakan-rakan sekelas 3 Arif yang aku sayang sgt2,harap korang pun memperoleh keputusan yg baik.Berjaya Dunia Akhirat :)
Assalamualaikum
No comments:
Post a Comment